Scolaris Content Display Scolaris Content Display

Intervensi‐intervensi untuk mencegah obesiti dalam golongan kanak‐ kanak.

Esta versión no es la más reciente

Latar Belakang

Pencegahan obesiti dalam kalangan kanak‐kanak merupakan keutamaan kesihatan awam antarabangsa. Ini adalah kerana kesan yang ketara obesiti pada penyakit‐penyakit akut dan kronik, kesihatan, perkembangan dan kesejahteraan. Bukti antarabangsa yang asas bagi strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan, masyarakat dan keluarga untuk mencegah obesiti, dan menggalakkan kesihatan, telah terkumpul tetapi masih tidak jelas

Matlamat

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengemaskini kajian Cochrane sebelum ini mengenai pencegahan obesiti kanak‐kanak dan menentukan tahap keberkesanan intervensi‐intervensi yang bertujuan untuk mencegah obesiti di kalangan kanak‐kanak yang dinilai berdasarkan perubahan Indeks Jisim Badan (BMI ‐ Body Mass Index). Tujuan yang kedua adalah untuk menilai ciri‐ciri program dan strategi untuk menjawab persoalan "Intervensi apa memberi faedah untuk siapa, mengapa dan berapa kos yang diperlukan?"

Kaedah Pencarian

Carian telah dijalankan semula di CENTRAL, MEDLINE, EMBASE, PsychINFO dan CINAHL dan laman‐laman web yang relevan pada Mac 2010. Kertas bukan berbahasa Inggeris telah dimasukkan dan pakar‐pakar telah dihubungi.

Kriteria Pemilihan

Kajian ini merangkumi data daripada kajian pencegahan obesiti di kalangan kanak‐kanak yang menggunakan kaedah kajian terkawal (secara rawak atau tidak rawak). Kajian‐kajian lain dimasukkan jika mereka menilai intervensi‐intervensi, polisi atau program yang diatur bagi dua belas minggu atau lebih. Jika kajian‐kajian ini dirawakkan pada peringkat kelompok, paling sedikit 6 kelompok dikehendaki.

Pengumpulan Data dan Analisis

Dua orang penulis secara bebas telah mengekstrakan data dan menilai risiko berat sebelah daripada kajian‐kajian yang dimasukkan dalam kajian sistematik ini. Data yang telah diekstrak adalah dalam hal pelaksanaan intervensi, kos, ekuiti dan hasil. Ukuran‐ukuran hasil kajian telah dikumpulkan sama ada mereka diukur kadar tisu lemaknya (adiposity), tingkah laku yang berkaitan aktiviti fizikal (PA) atau tingkah laku yang berkaitan dengan pemakanan. Kesan buruk juga direkodkan.Satu meta‐analisis telah dijalankan menggunakan skor Indeks Jisim Badan (BMI ‐ Body Mass Index) atau BMI yang dibakukan (zBMI) dengan analisis subkumpulan (subgroup analysis) mengikut kumpulan umur (0‐5, 6‐12, 13‐18 tahun, yang bersamaan dengan peringkat tetapan perkembangan kanak‐kanak).

Keputusan Utama

Kajian sistematik ini merangkumi 55 kajian (36 kajian ditambahkan untuk mengemaskinikan kajian ini). Sebahagian besar kajian‐kajian ini bersasaran kanak‐kanak berumur 6‐12 tahun. Meta‐analisis ini merangkumi 37 kajian yang melibatkan 27,946 kanak‐kanak dan menunjukkan bahawa program‐program ini berkesan mengurangkan kadar tisu lemak, walaupun tidak kesemua intervensi memberi kesan, serta terdapat tahap kepelbagaian yang tinggi.(I <SUP> 2 </ SUP> = 82%). Secara keseluruhannya, kanak‐kanak dalam kumpulan kajian ini mempunyai perbezaan purata baku (standardized mean difference) dalam kadar tisu lemak (diukur sebagai BMI atau zBMI) sebanyak ‐0.15kg / m2 (selang keyakinan 95% (CI ): ‐0.21 ‐ ‐0.09). Kesan intervensi menurut kumpulan umur ialah ‐0.26kg / m2 (95% CI: ‐0.53 sehingga 0.00) (0‐5 tahun), ‐0.15kg / m2 (95% CI sehingga ‐0.23 ‐0.08) (6‐12 tahun), dan ‐0.09kg / m2 (95% CI ‐0.20 sehingga 0.03) (13‐18 tahun). Kepelbagaian (heterogeneity) amat ketara dalam ketiga‐tiga kumpulan umur dan tidak dapat dijelaskan oleh status rawak atau jenis, tempoh atau tempat intervensi dijalankan. Hanya lapan kajian memberi laporan kesan buruk dan tiada bukti kesan buruk seperti amalan pemakanan yang tidak sihat, peningkatan kejadian berat badan rendah atau sensitiviti imej berat badan. Intervensi‐intervensi yang dijalankan tidak menunjukkan peningkatan ketidaksamaan kesihatan walaupun ini telah dilaporkan dalam beberapa kajian.

Kesimpulan Pengarang

Bukti kukuh telah ditemui yang menyokong program‐program pencegahan obesiti dalam kalangan kanak‐kanak berdasarkan BMI, terutamanya bagi program‐program yang disasarkan kepada kanak‐kanak yang berumur enam hingga 12 tahun. Walau bagaimanapun, penemuan ini seharusnya ditafsir dengan berhati‐hati disebabkan kepelbagaian (heterogeneity) yang tidak dapat dijelaskan dan kemungkinan berlaku berat sebelah dalam kajian kecil. Komponen program yang luas telah digunakan dalam kajian‐kajian ini dan sementara iainya tidak mungkin untuk membezakan yang mana yang memberikan sumbangan terbesar kepada kesan yang baik, kami menunjukkan hal‐hal yang berikut menjadi polisi dan strategi yang menjanjikan:

kurikulum sekolah yang termasuk pengamalan pemakanan yang sihat serta aktiviti fizikal dan imej badan yang sihat.

menambahkan sesi untuk aktiviti fizikal dan pembangunan kemahiran pergerakan asas sepanjang minggu sekolah

peningkatan kualiti dan bekalan makanan di sekolah.

amalan persekitaran dan budaya yang menyokong anak‐anak aktif sepanjang hari dan memakan makanan yang sihat

sokongan untuk guru‐guru dan kakitangan lain untuk melaksanakan strategi‐strategi dan aktiviti‐aktiviti promosi kesihatan (contohnya, pembangunan profesional, aktiviti pembinaan keupayaan)

sokongan ibu bapa dan aktiviti‐aktiviti yang dijalankan dalam rumah yang menggalakkan kanak‐kanak untuk menjadi lebih aktif, memakan makanan yang menyihatkan (nutritious) dan mengurangkan aktiviti berasaskan skrin

Walau bagaimanapun, kaedah kajian dan penilaian perlu diperkukuhkan, dan laporan seharusnya dilanjutkan untuk memahami proses dan faktor‐faktor pelaksanaan, serta hasil yang diperolehi untuk mengukur ekuiti, hasil jangka panjang, dan juga potensi mudarat serta kos.

Penyelidikan pencegahan obesity kanak‐kanak perlu bergerak ke arah mengenal pasti keberkesanan hasil kajian yang boleh diterapkan dalam sistem kesihatan, pendidikan dan penjagaan serta mencapai kesan jangka panjang yang lestari. Â

PICO

Population
Intervention
Comparison
Outcome

El uso y la enseñanza del modelo PICO están muy extendidos en el ámbito de la atención sanitaria basada en la evidencia para formular preguntas y estrategias de búsqueda y para caracterizar estudios o metanálisis clínicos. PICO son las siglas en inglés de cuatro posibles componentes de una pregunta de investigación: paciente, población o problema; intervención; comparación; desenlace (outcome).

Para saber más sobre el uso del modelo PICO, puede consultar el Manual Cochrane.

Intervensi‐intervensi untuk mencegah obesiti dalam golongan kanak‐ kanak.

Obesiti kanak‐kanak boleh menyebabkan masalah sosial, psikologi dan kesihatan, dan dikaitkan dengan obesiti dan kesihatan yang kurang baik di kemudian hari dalam perkembangannya sebagai orang dewasa. Berlakunya obesiti adalah berkaitan dengan aktiviti fizikal dan pengambilan nutrisi. Untuk mencegah obesiti, 55 kajian dijalankan pada peringkat antarabangsa telah membandingkan program‐program yang bertujuan untuk meningkatkan salah satu atau kedua‐dua tingkah laku ini, aktiviti fizikal dan pengambilan nutrisi. Walaupun banyak kajian dapat menambahkan nutrisi kanak‐kanak serta aktiviti fizikal mereka, hanya beberapa kajian dapat melihat kesannya pada tahap kegemukan kanak‐kanak. Apabila kita menggabungkan kajian‐kajian ini, kita dapat melihat bahawa program‐program ini membuat perbezaan yang positif, tetapi terdapat banyak perbezaan diantara hasil kajian yang kita tidak boleh menerangkan. Selain itu, penemuan‐penemuan ini mungkin berat sebelah kerana tertinggalnya kajian‐kajian kecil dengan penemuan negatif. Kami juga cuba untuk mencari tahu mengapa sesetengah program kerja lebih baik daripada yang lain, dan sama ada terdapat kesan negatif yang mungkin berlaku yang berkaitan dengan penglibatan kanak‐kanak dalam program‐program ini. Walaupun hanya beberapa kajian yang menyelidiki kesan negatif program itu, keputusannya menunjukkan bahawa strategi mereka dalam pencegahan obesiti tidak meningkatkan kebimbangan imej badan, amalan pemakanan yang tidak sihat, tahap berat badan, atau sikap yang tidak sihat untuk berat badan, dan semua kanak‐kanak boleh mengambil manfaat. Ia adalah penting untuk menjalankan lebih banyak kajian dikalangan kanak‐kanak dan remaja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pencegahan obesiti dalam kumpulan umur ini serta berapa lama kesan program intervensi ini dapat tahan. Kita juga perlu membangunkan cara‐cara untuk memastikan hasil penyelidikan yang bermanfaat kepada semua kanak‐kanak dengan menerapkan aktiviti program yang berjaya ke dalam amalan sehari‐hari di rumah, sekolah, persekitaran penjagaan kanak‐kanak, sistem kesihatan dan masyarakat yang lebih luas.