Scolaris Content Display Scolaris Content Display

Terapi kombinasi berasaskan artemisinin untuk merawat malaria tidak berkomplikasi

Collapse all Expand all

Abstract

available in

Background

The World Health Organization recommends uncomplicated P. falciparum malaria is treated using Artemisinin‐based Combination Therapy (ACT). This review aims to assist the decision making of malaria control programmes by providing an overview of the relative benefits and harms of the available options.

Objectives

To compare the effects of ACTs with other available ACT and non‐ACT combinations for treating uncomplicated P. falciparum malaria.

Search methods

We searched the Cochrane Infectious Diseases Group Specialized Register; the Cochrane Central Register of Controlled Trials (CENTRAL); MEDLINE; EMBASE; LILACS, and the metaRegister of Controlled Trials (mRCT) to March 2009.

Selection criteria

Randomized head to head trials of ACTs in uncomplicated P. falciparum malaria.

This review is limited to: dihydroartemisinin‐piperaquine; artesunate plus mefloquine; artemether‐lumefantrine (six doses); artesunate plus amodiaquine; artesunate plus sulfadoxine‐pyrimethamine and amodiaquine plus sulfadoxine‐pyrimethamine.

Data collection and analysis

Two authors independently assessed trials for eligibility and risk of bias, and extracted data. We analysed primary outcomes in line with the WHO 'Protocol for assessing and monitoring antimalarial drug efficacy' and compared drugs using risk ratios (RR) and 95% confidence intervals (CI). Secondary outcomes were effects on P. vivax, gametocytes, haemoglobin, and adverse events.

Main results

Fifty studies met the inclusion criteria. All five ACTs achieved PCR adjusted failure rates of < 10%, in line with WHO recommendations, at most study sites.

Dihydroartemisinin‐piperaquine performed well compared to the ACTs in current use (PCR adjusted treatment failure versus artesunate plus mefloquine in Asia; RR 0.39, 95% CI 0.19 to 0.79; three trials, 1062 participants; versus artemether‐lumefantrine in Africa; RR 0.39, 95% CI 0.24 to 0.64; three trials, 1136 participants).

ACTs were superior to amodiaquine plus sulfadoxine‐pyrimethamine in East Africa (PCR adjusted treatment failure versus artemether‐lumefantrine; RR 0.12, 95% CI 0.06 to 0.24; two trials, 618 participants; versus AS+AQ; RR 0.44, 95% CI 0.22 to 0.89; three trials, 1515 participants).

Dihydroartemisinin‐piperaquine (RR 0.32, 95% CI 0.24 to 0.43; four trials, 1442 participants) and artesunate plus mefloquine (RR 0.30, 95% CI 0.21 to 0.41; four trials, 1003 participants) were more effective than artemether‐lumefantrine at reducing the incidence of P.vivax over 42 days follow up.

Authors' conclusions

Dihydroartemisinin‐piperaquine is another effective first‐line treatment for P. falciparum malaria.

The performance of the non‐ACT (amodiaquine plus sulfadoxine‐pyrimethamine) falls below WHO recommendations for first‐line therapy in parts of Africa.

In areas where primaquine is not being used for radical cure of P. vivax, ACTs with long half‐lives may provide some benefit.

Ringkasan bahasa mudah

Terapi kombinasi berasaskan artemisinin untuk merawat malaria tidak berkomplikasi

Malaria merupakan penyebab utama penyakit dan kematian di kebanyakan negara‐negara termiskin di dunia. Ia merebak dari seorang ke seorang melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti dengan mikroorganisma yang dipanggil Plasmodium. Plasmodium Spesies P. falciparum adalah penyebab malaria yang paling biasa di seluruh dunia dan menyebabkan majoriti kematian. Malaria tidak berkomplikasi merupakan satu bentuk penyakit yang ringan, jika tidak dirawat, boleh bertambah pesat untuk mengancam nyawa. Ubat‐ubatan yang digunakan secara tradisional untuk merawat malaria tidak berkomplikasi telah menjadi tidak berkesan dalam banyak bahagian di dunia akibat rintangan kepada ubat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini mengesyorkan terapi kombinasi berasaskan‐Artemisinin (ACTs) untuk merawat malaria tidak berkomplikasi. ACTs menggabungkan satu derivatif‐artemisinin (Kumpulan ubat‐ubatan yang agak baru dan sangat berkesan) dengan ubat yang lebih tahan lama lagi untuk cuba mengurangkan risiko mendapat rintangan.

Ulasan ini meringkaskan faedah dan kemudaratan relatif dalam empat ACTs yang digunakan, satu ACT yang agak baru (dihydroartemisinin plus piperaquine), dan satu kombinasi yang tidak mengandungi sebarang derivatif artemisinin tetapi masih digunakan di sesetengah negara‐negara Afrika (amodiaquine plus sulfadoxine‐pyrimethamine).

Semua lima ACTs terbukti amat berkesan merawat P. falciparumdi kebanyakan tempat di mana mereka dikaji. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ujian di mana ACTs mempunyai paras kegagalan rawatan yang tinggi, yang menekankan perlunya untuk terus memantau prestasi mereka.

ACT yang baru, dihydroartemisinin dengan piperaquine, mempunyai kesan yang sama dengan ACTs yang kini digunakan secara meluas di Asia dan Afrika, dan merupakan satu lagi pilihan untuk rawatan malaria.

ACTs juga dibukti lebih berkesan daripada amodiaquine dengan sulfadoxine‐pyrimethamine di negara‐negara Afrika Timur yang mungkin menunjukkan paras rintangan yang tinggi, terhadap ubat‐ubatan dalam kombinasi ini, di rantau ini.

Bentuk malaria kedua yang paling biasa, P. vivax, boleh juga dirawat dengan ACTs tetapi memerlukan rawatan tambahan untuk menyembuhkan pesakit sepenuhnya. Ini adalah kerana parasit P. vivax boleh terpendam di dalam hati untuk bulan atau tahun sebelum menjadi aktif semula. ACT di mana ubat‐ubatan mempunyai tempoh masa bertindak yang lama boleh membantu untuk melambatkan berulangan ini.

ACT ini seolah‐olah agak selamat dengan beberapa kesan sampingan yang serius. Kesan‐kesan sampingan yang kecil adalah lebih biasa tetapi mungkin sukar untuk dibezakan daripada gejala‐gejala malaria sendiri. Lima puluh ujian telah dimasukkan dalam ulasan ini tetapi tidak melibatkan penduduk yang paling terdedah; wanita hamil dan bayi (umur < enam bulan).