Scolaris Content Display Scolaris Content Display

Prosedur extracorporeal shock wave lithotripsy (ESWL) berbanding percutaneous nephrolithotomy (PCNL) ataupun pembedahan intrarenal retrogred (retrograde intrarenal surgery, RIRS) sebagai rawatan bagi batu karang dalam buah pinggang

Collapse all Expand all

Abstract

Background

Nephrolithiasis is a common urological disease worldwide. Extracorporeal shock wave lithotripsy (ESWL) has been used for the treatment of renal stones since the 1980s, while retrograde intrarenal surgery (RIRS) and percutaneous nephrolithotomy (PCNL) are newer, more invasive treatment modalities that may have higher stone‐free rates. The complications of RIRS and PCNL have decreased owing to improvement in surgical techniques and instruments. We re‐evaluated the best evidence on this topic in an update of a Cochrane Review first published in 2014.

Objectives

To assess the effects of extracorporeal shock wave lithotripsy compared with percutaneous nephrolithotomy or retrograde intrarenal surgery for treating kidney stones.

Search methods

We performed a comprehensive search in CENTRAL, MEDLINE, Embase, and ClinicalTrials.gov with no restrictions on language or publication status. The latest search date was 6 December 2022.

Selection criteria

We included randomized controlled trials (RCTs) and quasi‐RCTs that compared ESWL with PCNL or RIRS for kidney stone treatment.

Data collection and analysis

Two review authors independently classified studies, extracted data, and assessed risk of bias. Our primary outcomes were treatment success rate at three months (defined as residual fragments smaller than 4 mm, or as defined by the study authors), quality of life (QoL), and complications. Our secondary outcomes were retreatment rate, auxiliary procedures rate, and duration of hospital stay. We performed statistical analyses using a random‐effects model and independently rated the certainty of evidence using the GRADE approach.

Main results

We included 31 trials involving 3361 participants (3060 participants completed follow‐up). Four trials were only available as an abstract. Overall mean age was 46.6 years and overall mean stone size was 13.4 mm. Most participants (93.8%) had kidney stones measuring 20 mm or less, and 68.9% had lower pole stones.

ESWL versus PCNL

ESWL may have a lower three‐month treatment success rate than PCNL (risk ratio [RR] 0.67, 95% confidence interval [CI] 0.57 to 0.79; I2 = 87%; 12 studies, 1303 participants; low‐certainty evidence). This corresponds to 304 fewer participants per 1000 (397 fewer to 194 fewer) reporting treatment success with ESWL. ESWL may have little or no effect on QoL after treatment compared with PCNL (1 study, 78 participants; low‐certainty evidence). ESWL probably leads to fewer complications than PCNL (RR 0.62, 95% CI 0.47 to 0.82; I2 = 18%; 13 studies, 1385 participants; moderate‐certainty evidence). This corresponds to 82 fewer participants per 1000 (115 fewer to 39 fewer) having complications after ESWL.

ESWL versus RIRS

ESWL may have a lower three‐month treatment success rate than RIRS (RR 0.85, 95% CI 0.78 to 0.93; I2 = 63%; 13 studies, 1349 participants; low‐certainty evidence). This corresponds to 127 fewer participants per 1000 (186 fewer to 59 fewer) reporting treatment success with ESWL. We are very uncertain about QoL after treatment; the evidence is based on three studies (214 participants) that we were unable to pool. We are very uncertain about the difference in complication rates between ESWL and RIRS (RR 0.93, 95% CI 0.63 to 1.36; I2 = 32%; 13 studies, 1305 participants; very low‐certainty evidence). This corresponds to nine fewer participants per 1000 (49 fewer to 48 more) having complications after ESWL.

Authors' conclusions

ESWL compared with PCNL may have lower three‐month success rates, may have a similar effect on QoL, and probably leads to fewer complications. ESWL compared with RIRS may have lower three‐month success rates, but the evidence on QoL outcomes and complication rates is very uncertain. These findings should provide valuable information to aid shared decision‐making between clinicians and people with kidney stones who are undecided about these three options.

PICOs

Population
Intervention
Comparison
Outcome

The PICO model is widely used and taught in evidence-based health care as a strategy for formulating questions and search strategies and for characterizing clinical studies or meta-analyses. PICO stands for four different potential components of a clinical question: Patient, Population or Problem; Intervention; Comparison; Outcome.

See more on using PICO in the Cochrane Handbook.

Adakah penggunaan gelombang bertenaga tinggi lebih baik berbanding prosedur pembedahan bagi membuang batu karang dalam buah pinggang?

Apakah itu batu karang dalam buah pinggang?

Ketulan batu‐batu boleh terbentuk di dalam buah pinggang, pundi kencing, ureter (tiub yang membawa air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing), atau uretra (tiub di mana air kencing melalui keluar dari badan) apabila cecair yang berada di dalam air kencing tidak mencukupi untuk mencairkan mineral atau bahan lain yang terkandung di dalamnya. Jika ketulan batu‐batu itu terbentuk di dalam buah pinggang, ia dipanggil batu karang. Orang yang minum sangat sedikit air, mempunyai diet yang kurang baik, berat badan berlebihan, mempunyai keadaan kesihatan tertentu, atau menggunakan ubat‐ubatan tertentu adalah lebih berkemungkinan mendapat batu karang. Batu karang boleh menyebabkan kesakitan, jangkitan kuman di buah pinggang dan kegagalan buah pinggang (apabila buah pinggang tidak boleh berfungsi dengan sendirinya).

Bagaimanakah batu karang dirawat?

Rawatan untuk batu karang termasuklah extracorporeal shock wave lithotripsy (ESWL), percutaneous nephrolithotomy (PCNL), dan pembedahan intrarenal retrogred (RIRS). ESWL menggunakan gelombang bertenaga tinggi dari luar badan untuk memecahkan batu di dalam buah pinggang menjadi serpihan kecil tanpa memotong kulit. Serpihan batu yang pecah adalah cukup kecil untuk dikeluarkan melalui air kencing. PCNL ialah kaedah pembedahan untuk membuang batu karang yang melibatkan proses memasukkan tiub kecil melalui kulit ke dalam buah pinggang, kemudian memecahkan batu menggunakan pelbagai alatan (seperti laser dan ultrabunyi), dan mengeluarkan serpihan batu yang pecah tersebut melalui tiub tadi. RIRS adalah satu lagi kaedah pembedahan, yang memasukkan tiub kamera kecil melalui uretra dan ureter ke dalam buah pinggang, kemudian menghancurkan atau menyejat batu tersebut sehingga kering atau mencengkam dan mengeluarkannya dengan penyepit kecil.

Apa yang ingin kami ketahui?

Kami ingin mengetahui bagaimana ESWL berbanding dengan PCNL dan RIRS dari segi kejayaan rawatan, kualiti hidup, komplikasi, tempoh tinggal di hospital, dan kesan lain yang penting kepada mereka yang ada batu karang.

Apa yang telah kami lakukan?

Kami hanya menyertakan kajian rawak terkawal (kajian yang memasukkan peserta yang mengambil bahagian secara rawak kepada kumpulan eksperimen atau kumpulan perbandingan) yang membandingkan ESWL dengan PCNL atau RIRS. Kami membanding dan merumuskan keputusan kajian dan menilai keyakinan kami terhadap bukti.

Apakah yang kami temui?

Kami menemui 31 kajian yang menyertakan 3361 orang (1360 orang telah dirawat dengan ESWL, 786 dengan PCNL, dan 925 dengan RIRS). Kajian terbesar melibatkan 649 orang dan kajian terkecil melibatkan 30 orang. Kajian telah dijalankan di negara‐negara seluruh dunia; kebanyakannya bertempat di Eropah (12 kajian). Syarikat peralatan perubatan membiayai dua daripada kajian‐kajian tersebut. Saiz purata batu adalah 13.4 mm.

Keputusan utama

Berbanding dengan PCNL, ESWL mungkin mempunyai kejayaan rawatan yang lebih rendah; untuk setiap 1000 orang yang dirawat, hanya 619 orang yang dirawat dengan ESWL mungkin tidak lagi mempunyai batu selepas tiga bulan, berbanding 923 orang yang dirawat dengan PCNL. ESWL dan PCNL mungkin mempunyai kesan yang sama terhadap kualiti hidup: pada skala 0 hingga 100, di mana perbezaan yang bermakna ialah 10 mata, orang yang dirawat dengan ESWL mungkin mendapat 1.5 mata lebih rendah daripada mereka yang dirawat dengan PCNL. ESWL mungkin membawa kepada komplikasi yang lebih sedikit berbanding dengan PCNL: untuk setiap 1000 orang yang dirawat, 134 yang dirawat dengan ESWL mungkin mengalami komplikasi, berbanding 216 orang yang dirawat dengan PCNL.

Berbanding dengan RIRS, ESWL mungkin mempunyai kejayaan rawatan yang lebih rendah: untuk setiap 1000 orang yang dirawat, 721 yang dirawat dengan ESWL mungkin tidak lagi mempunyai batu selepas tiga bulan, berbanding 848 orang yang dirawat dengan RIRS. Kami sangat tidak pasti tentang kesan ESWL berbanding dengan RIRS terhadap kualiti hidup dan kesan yang tidak diingini.

Apakah batasan bukti?

Bergantung kepada keputusan, keyakinan kami terhadap bukti adalah sederhana hingga sangat rendah. Ini terutamanya adalah kerana sesetengah kajian mempunyai kaedah yang tidak sempurna, kerana terdapat perbezaan penting dalam keputusan merentas kajian yang tidak dapat kami jelaskan, dan kerana sesetengah kajian melibatkan peserta yang sedikit. Oleh yang demikian, keputusan kami mungkin berubah sekiranya ada bukti lain pada masa depan.

Setakat manakah bukti ini terkini?

Ulasan ini mengemaskini semakan terdahulu kami yang telah diterbitkan pada 2014. Kami menyertakan bukti yang diterbitkan sehingga 6 Disember 2022.